Tuesday, 12 May 2020

STAY PRODUCTIVE DURING PKP

Assalamualaikum and peace be upon you

 Cuti-cuti ni memang malas nak bangun walaupun daripada dua minggu lepas dah start kelas . Homework banyak sangat sangat . Banyak ambil motivation daripada studygram supaya on track je tu pun ada lah dalam 5 essay lagi tergendala sekarang ni .


7 Cara untuk kekal produktif waktu PKP

1. Bangun terus mandi . Ia akan membantu untuk segarkan badan  .


2. Sarapan. Penting gila supaya nanti waktu buat kerja tak lapar tapi jangan makan banyak sangat sebab nanti rasa malas . serious.

             

3. Letak air dekat tepi meja kerja or meja study. Setiap kali rasa haus tak perlu gerak ke dapur dan paling penting sebab musim corona ni kita kene stay hidrated . Lagi satu kalau ngantuk boleh minum air .

4.Pakai school attire atau baju casual . Kalau kita pakai school sportswear , otak kita akan develop sendiri untuk suruh kita buat kerja tapi kalau baju tidur memang ke katil lah jawabnya . Ingat tau jangan pakai baju tidur ,

5.Jauhkan diri daripada katil or better keluar daripada bilik tidur. Kita akan tend to rest sepanjang masa kalau duduk atas katil . Satu kerja tak jalan . Lepastu , pemilihan tempat duduk pun penting . Sentiasa pastikan tulang belakang badan tegak so darah akan mengalir dengan sistematik and darah boleh sampai ke otak . Kita pun boleh buat kerja dengan selesa .

6. Buat jadual Harian or mingguan . Ini penting tau , kalau korang nak produktif korang kene plan betul betul supaya tak tersasar . Buat jadual ikut kemampuan bukan fikir gempak contoh lah kan

"oh keje ni boleh siap dalam 1 jam , oh keje ni pulak boleh siap 30 minit " monolog kiah kepada diri sendiri . Last last semua bende tak siap . kat sini nak cakap ikut kemampuan tau bukan tak buat langsung. Jangan lupa masukkan sekali waktu solat and masa dengan family .

7. Stay in touch dengan classmates. Kita ada banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam masa yang sama kerja akan bertambah hari demi hari .  So kita takkan terlepas daripada kerja kerja tu . Paling penting buat to do list . I prefer buat 1 subject 1 muka surat kalau buat dalam notebook kalau kerja bertambah untuk english kita list satu mukasurat je . Senang . Keep in touch pun prevent daripada stress waktu buat kerja . Selalu selalulah video call.


GOOD LUCK , STAY HOME AND STAY SAFE
LOVE,
Qyu

No comments:

Post a Comment