COOKING TIME!
Today nak share one recipe . Sedap serious . Alang alang sekarang tengah MCO/PKP , make time dengan family . Boleh strengthen ukhuwah between family members. Kek ni senang sangat nak buat tak payah pakai oven and worth daripada order baik buat sendiri.
MANGO CHEESE CAKE
Bahan Untuk Membuat base
•200g Biskut marie/ritz
•100g butter
Bahan Untuk Cheese Layer
•250 g cream cheese
•60 g gula castor
•2 biji buah mangga , satu didadu dan satu lagi blend buat puree
•200 ml UHT whipping cream
•1 ½ sb Gelatin
•125 ml Air suam
Bahan Untuk Mango Topping
•Puree mangga
•50 ml air suam
•1 sb gelatin
•1 sb gula castor
Cara Membuat Base
1. Mula cairkan butter dan gaul dengan biskut marie yang sudah dihancurkan
2. Selepas itu masukkan ke dalam loyang springform sebagai base. (Saya pakai saiz 9).
3. Padatkan biskut ke dalam loyang. Tekan-tekan dan masukkan ke dalam freezer.
Sementara tu siapkan Cheese Layer
Cara Membuat Cheese Layer
1. Masukkan 1½ sb gelatin ke dalam air suam. Biarkan larut.
2. Mula putar whipping cream sampai kental dan ketepikan.
3. Setelah itu pukul cream cheese dengan gula castor sampai berkrim, masokkan puree mangga separuh. Gaul.
4. Masokkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati pakai spatula.
5. Masokkan larutan gelatin tadi. Gaul sebati.
6. Adunan cheese tadi boleh dimasokkan ke dalam loyang yang sudah siap buat base biskut marie.
7. Simpan dalam freezer.
Untuk Mango Topping
1. Larutkan 1 sb gelatin ke dalam 50 ml air suam.
2. Masukkan gelatin yang sudah larut tadi ke dalam puree mangga dan gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang.
4. Masukkan sampai habis. Boleh disimpan ke dalam freezer semalaman atau sehingga set.
Hasilnya , trenggg .... trenggg ..... trenggg
Inilah hasilnya ada three layer . Goodluck .
Love,
Qyu
No comments:
Post a Comment