Wednesday 27 May 2020

Romantic Doctor Teacher Kim 2

Assalamualaikum and peace be upon you 

Whoooppp . Harini nak review drama korea. ROMANTIC DOCTOR TEACHER KIM 2 .Ni one of drama yang tengok waktu MCO .  Actually , yang ni ade season 1 tapi tak tengok sebab macam tak menarik .  Basically mula mula tu tengok je ,takdelah berkait sangat dengan season 1 . 



SINOPSIS: Selepas 3 tahun , Kim Sa Bu pergi Geosan University Hospital untuk rekrut general surgeon untuk Doldam Hospital. Kat situ dia jumpa Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop) dan Cha Eun Jae ( Lee Sung Kyung) . 



Ini lah Seo Woo Jin . Before kerja kat Doldam , dia kerja kat satu hospital kawan dia . Nak dijadikan cerita , dia expose satu kesalahan yang kawan doctor tu buat . Kecoh lahh semua orang tau yang dia ni kaki bongkarkan kesalahan orang lain. Lepastu banyak hospital tak terima dia . Dia kene jugak sbb nak bayar hutang . Ada satu je hospital yang terima tapi dia just kerja shift malam and kalau kakitangan tak cukup je . So kat sini dia kene discriminate . Kene buang kerja sbb doktor kat situ takut imej hospital terjejas sbb ada doktor macam Seo Woo Jin . Then , Kim Sa Bu offer kerja kat Doldam Hospital. 



Cha Eun Jae . Dia ni memang brilliant gila waktu medical school . Semua exam dia top kecuali praktikal sebab dia tak boleh tengok isi dalam kulit nanti muntah , bukan takleh tengok darah . So dia tekad ambil pill before buat pembedahan supaya tak muntah . End up , dia tertido waktu bedah patient. Memang minta dimaki ye . Supervisor dia tak tahu nak buat ape kat dia sbb dia ni worth , dia punya research paper setanding professor tapi sebab dia kat cardiac surgeon so dia kenelah pass untuk buat pembedahan . Professor dia bagi dua pilihan sama ade license suspended tak pun pergi Doldam. so dia decide pergi Doldam tapi dia tak selesa sbb org kat situ semua pelik pelik.  


Oittttt , ni orang jahat dan kejam dalam cerita ni . Aku memang nak masukkan tangan dalam skrin and nak tampar dia cukup cukup . 



Haaaa nilah Kim Sa Bu . Dia nampak je annoying tapi sebenarnya dia caring gile . 



penat jugak lah tunggu diorang confess . Tunggu punya tunggu banyak jugak scene yang sweet caring . Memang termimpi mimpi nak kawan caring macam ni . 


Cerita ni best lah jugak sebab suka tengok medical terms and dia potong potong . Rasa macam seronok . Rasa jelah . Ada jugak part kelakar . Tapi tak banyak . More tu belakang tabir life doctor . Yang sebenarnya banyak jugak kotor daripada bersih . Suka tengok cerita ni sbb banyak moral value instead of berangan berangan cintan cintun . 


Goodluck , tengok jangan tak tengok . Hahaha . Boleh klik sebelah ni -->Kissasian
Till the next review . 


Love,
Qyu 

2 comments: